Bantuan Tunai RM600 Dikreditkan Dalam Mykad, Berikut Cara Menggunakannya
Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.
Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Tunai di bawah SARA dalam Belanjawan 2023. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:
Bantuan RM600 Dalam Tempoh 6 Bulan
SARA pada asasnya merupakan bantuan kewangan pada kadar RM600 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada yang layak.
Bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) – mereka akan menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan (Julai – Disember 2023) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Menggunakannya
Penerima yang layak akan diberikan penerangan tentang kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas. Untuk makluman, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Bagi Pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan SARA, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI