Bantuan BKK RM150 – RM1,000 dikreditkan setiap bulan untuk B40: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM): –

Bantuan BKK RM150 – RM1,000

BKK atau Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan di bawah JKM yang bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Tambahan dari itu, BKK juga berobjektif untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar BKK adalah sebanyak antara RM150 hingga RM1,000 yang diberikan setiap bulan dengan pecahan berikut:

  • RM200: Seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
  • RM150: Seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum keluarga sebulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Cara Memohon

Permohonan BKK ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Namun, setiap permohonan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara itu bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Dalam masa sama, JKM juga ada memperkenalkan Bantuan Am Persekutuan dengan kadar antara RM100 hingga RM350 setiap bulan. Bantuan ini diberikan bagi tujuan bagi meringankan beban individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *