Bantuan Raya Aidilfitri RM1,200 dibayar esok (15 Mac 2024): Senarai penuh penerima yang dikreditkan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Raya Aidilfitri

Bersempena dengan bulan Ramadan dan akan menjelangnya Syawal, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024.

Kadar Bantuan Raya Aidilfitri ini ditetapkan sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200. Ia akan diberikan kepada para penjawat negeri berkenaan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak kerajaan negeri.

Pembayaran bantuan itu akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.44 juta daripada kerajaan negeri.

Dalam masa sama, bantuan tunai ini turut dipanjangkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun dan anak syarikat kerajaan negeri tertakluk kepada keupayaan kewangan masing-masing.

Kerajaan negeri juga akan memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM300 kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Advertisement
Advertisement

Malah, kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) selain guru tahfiz, pondok, tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang juga layak menerimanya.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat pada 15 Mac 2024 secara ‘one-off’ kepada yang layak. Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima.

Dimaklumkan bahawa bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara automatik.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat negeri itu.

Pembayarannya telah pun selesai dibuat pada bulan Disember 2023 lalu. Perkara itu adalah sebahagian daripada pelbagai insentif yang diumumkan di bawah Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2024.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *