RM400 Mula Dikreditkan Terus Ke Penerima Hari Ini (29 Mei 2025): Maklumat Bantuan Tunai Aidiladha
Musim perayaan sememangnya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah waktu untuk berkumpul bersama keluarga, menjalin silaturrahim, dan meraikan tradisi dengan penuh kegembiraan. Namun, di sebalik suasana meriah itu, wujud realiti berbeza yang dihadapi oleh segelintir masyarakat – khususnya golongan B40, iaitu kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di negara ini.
Bagi golongan ini, musim perayaan boleh menjadi satu tempoh yang mencabar dari segi kewangan. Kos untuk membeli keperluan asas seperti pakaian baharu, juadah perayaan, dan persiapan rumah sering kali membebankan. Ramai yang terpaksa membuat pilihan sukar – sama ada menunaikan tanggungjawab sosial dan adat, atau mengutamakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pendidikan dan kesihatan. Malah, ada juga yang terpaksa berhutang demi memastikan anak-anak dapat merasa sedikit nikmat perayaan seperti rakan sebaya mereka.
Tambahan pula, kos sara hidup yang semakin meningkat menambahkan lagi tekanan terhadap golongan ini. Harga barangan keperluan harian naik menjelang musim perayaan, manakala pendapatan mereka kekal pada paras yang sama. Bagi mereka yang bekerja sendiri atau bergantung pada pendapatan harian, cuti perayaan bermakna tiada pendapatan – sekali gus menyukarkan lagi pengurusan kewangan keluarga.
Namun begitu, di sebalik cabaran yang membelenggu, wujud sinar harapan melalui pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Bantuan kewangan seperti bantuan tunai, program bakul makanan, serta jualan murah sempena perayaan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Begitu juga dengan sumbangan masyarakat setempat yang tampil menghulurkan bantuan – membuktikan semangat prihatin dan perpaduan masih utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam konteks ini, amat penting untuk semua pihak – sama ada kerajaan, sektor korporat mahupun individu – untuk terus memainkan peranan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menikmati kemeriahan perayaan. Musim perayaan sepatutnya menjadi simbol kegembiraan dan kebersamaan untuk semua, tanpa mengira latar belakang ekonomi.
Maka, dalam meraikan hari yang penuh makna ini, marilah kita bersama-sama membuka mata dan hati – bukan sahaja untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki, tetapi juga untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, keceriaan sebenar musim perayaan terletak pada keikhlasan memberi dan keprihatinan terhadap sesama insan.
Dalam masa sama, terdapat Kerajaan Negeri melalui jabatan-jabatannya telah memperkenalkan bantuan-bantuan khusus bagi membantu mereka yang memerlukan ini. Antaranya adalah dengan memperkenalkan Bantuan Tunai Aidiladha dan berikut adalah maklumatnya.
Bantuan Tunai Aidiladha
Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah pun mengumukan pemberian Bantuan Tunai Aidiladha bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
Bantuan tunai itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.42 juta dan akan diberikan kepada 11,450 penerima. Mereka yang layak menerimanya pula adalah dari kalangan asnaf merangkumi fakir, miskin dan mualaf.
Jumlah bayaran adalah berikut:
- Asnaf Fakir: RM400
- Asnaf Miskin dan Mualaf: RM300.
Jumlah penerima adalah seramai 150 golongan fakir, 9,000 miskin dan 2,300 mualaf. Jumlah itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 114 fakir, 8,630 miskin dan 2,200 mualaf.
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan MAIM, pembayaran Bantuan Tunai Aidiladha akan mula dilaksanakan pada 29 Mei 2025. Caranya dengan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak seperti mana ada di bawah simpanan maklumat MAIM.
Oleh hal demikian, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana ia diberikan secara terus atau automatik kepada mereka yang layak.
Diharapkan pemberian bantuan tunai ini dapat mengurangkan beban kewangan dan memberi peluang kepada mereka yang memerlukan membuat persiapan bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha nanti.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Info Tambahan
Selain bantuan ini, terdapat pelbagai lagi bantuan-bantuan zakat yang diperkenalkan di bawah MAIM. Antaranya adalah Bantuan Makanan Bulanan yang datang dalam bentuk keperluan makanan asasi harian yang diperuntukkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf setiap bulan mengikut jumlah yang diputuskan oleh MAIM.
Cara pelaksanaan bantuan ini adalah menggunakan Sistem MyAsnaf, iaitu Mykad penerima digunakan sebagai alat untuk pengesanan dan penebusan barang makanan di kedai-kedai panel.
Kadarnya pula adalah sebanyak RM300/asnaf fakir dan RM250/asnaf miskin (berbentuk barangan makanan/tunai/bank).
Satu lagi bantuan adalah Bantuan Saraan Anak Sekolah. Bantuan ini diberikan secara bulanan dan disalurkan kepada anak-anak asnaf fakir, miskin dan muallaf yang bersekolah sama ada diperingkat sekolah rendah, menengah, madrasah atau pusat tahfiz dan Institusi Pengajian Tinggi.
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan di bawah MAIM, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.



