Permohonan masih dibuka: Ini cara memohon Bantuan Kewangan BMT sebanyak RM600

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Ia termasuklah sebuah bantuan kewangan di bawah RISDA melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

BMT pada asasnya melibatkan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa dengan jumlah RM300 setiap fasa. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan BMT boleh dibuat secara atas talian di sistem RISDA. Bagi pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi, mereka perlu menyertakan dokumen-dokumen sokongan:

Advertisement
Advertisement
  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Manakala, untuk pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah menyertakan dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Permohonan BMT dibuka bermula pada 05 Mei sehingga 15 September 2022. 

Maklumat lanjut dan permohonan BMT boleh dirujuk serta diteliti – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *