Bantuan RM700 untuk rakyat Malaysia bulan depan: Tarikh rasmi bantuan dikreditkan

Setiap tahun, Kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Bagi Belanjawan 2023 – pihak Kerajaan memperuntuk sebanyakRM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan-peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan RM700

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Bantuan khas ini pada asasnya melibat kadar kewangan sebanyak RM700 dan RM350 kepada kategori penerima-penerima berikut:

  • RM700: Kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM350: Kepada semua pesara Kerajaan.

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan,” ucap Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) – pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan pada 17 April 2023.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dalam satu kenyataan berkata, bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan khas ini, sila lihat di Portal Rasmi JPA – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *