Bantuan Tunai STR Tambahan RM600 Bagi Tahun 2023. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Sumbangan Tuani Rahmah RM600 yang mungkin ramai terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan STR Tambahan

Kerajaan akan memberi sumbangan STR Tambahan berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk Bakul Makanan serta Baucer Makanan Asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Advertisement
Advertisement

Syarat Kelayakan

Untuk maklumat semua, sejumlah RM600 akan disalurkan sebagai kadar tambahan STR  dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Berikut merupakan syarat kelayakan yang terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

bayaran str fasa 1 2 3 4

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *