Sumbangan Tunai RM1,000 kepada keluarga pendapatan bawah RM7,500: Diberikan secara ‘one-off’

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah sumbangan tunai yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif tunai yang telah diperkenalkan: –

Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam Negara

Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak telah memperkenalkan sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP) Dalam Negara. Insentif tunai ini pada asasnya bertujuan untuk:

  • Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan;
  • Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara;
  • Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Kadar insentif tunai ini adalah antara RM300 hingga RM1,000 mengikut peringkat pengajian dalam negara. Ia adalah sebanyak RM300 bagi peringkat Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional); RM500 untuk Diploma dan RM1,000 bagi Ijazah Sarjana Muda.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Perak; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan telah bermastautin lebih dari 10 tahun di Negeri Perak tetapi sedang beralamat di luar Negeri Perak. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung) ; atau
    • Pemohon atau ibu atau bapa lahir dan menetap di luar Negeri Perak tetapi pernah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
    • Advertisement
      Advertisement
  • Isi rumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan di bawah RM7,500 sebulan sahaja (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila kemukakan salinan pendapatan sendiri ataupun pasangan.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelaykan insentif ini, permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Yayasan Perak. Selepas membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen (yang disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Ketua Kampung / Pengetua/ Guru Besar/ Pemimpin Tempatan/ Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) berikut:

  • Maklumat Permohonan yang dicetak selepas membuat permohonan secara atas talian;
  • Salinan Surat Tawaran Terkini (wajib) yang disahkan dan Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (jika ada);
  • Salinan Kad Pengenalan (Mykad) pelajar, ibu dan bapa (wajib ) yang lahir di Perak/ Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan) yang disahkan;
  • Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar (wajib) yang disahkan;
  • Penyata Pendapatan (wajib) (isi rumah) bapa dan ibu / penjaga / pemohon / pasangan yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing;
  • Salinan Surat Kematian atau Surat Bercerai (jika berkaitan).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Dokumen-dokumen itu perlu dihantar ke Pejabat Yayasan Perak melalui POS/FAKS/SERAHAN KAUNTER/PUSAT KHIDMAT DUN selewat-lewatnya 1 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dihantar tidak dikembalikan.

Untuk makluman, pemohon boleh membuat semakan secara talian/online dalam tempoh sebulan dari tarikh penghantaran dokumen dibuat.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi Yayasan Perak – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *