Dikreditkan 8 April: Ini Senarai Penerima Bantuan Khas Raya RM1,000

Bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri amat penting untuk sesetengah individu dan isi rumah di negara ini. Ini kerana hari raya merupakan satu perayaan yang memerlukan lebih perbelanjaan bagi meraikannya dengan kegembiraan.
Aktiviti ziarah-menzirahi dan melayani tetamu pastinya memerlukan sedikit sebanyak perbelanjaan bagi memastikan kelangsungan perayaan tersebut.
Oleh sebab itu, bantuan kewangan khusus untuk hari raya ini diberi perhatian oleh kerajaan/negeri bagi memberi berita gembira untuk para penerima. Antara bantuan yang disediakan adalah seperti berikut:
Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Sempena Aidilfitri
Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri akan dikreditkan kepada penjawat awam di negeri Selangor.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Bantuan Mahabbah Ramadan itu yang membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM45 juta akan disalurkan pada 8 April depan.
Tarikh Bayaran
Seperti yang dinyatakan, bantuan ini akan dikreditkan kepada penerima bermula 8 April ini.
Senarai Penerima
Berikut merupakan senarai kategori penerima bantuan yang layak:
- Bantuan khas sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor yang sedang berkhidmat di SUK (bangunan pentadbiran kerajaan negeri).
- Bantuan sama akan diterima dilebarkan penjawat awam kerajaan persekutuan yang berkhidmat bawah SUK.
Senarai Penerima Bantuan Tunai RM500 & Elaun Sebulan
Berita baik juga untuk beberapa kategori berikut kerana bakal menerima bantuan berjumlah RM500. Antaranya:
- Penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak
- Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di Selangor
- Kumpulan pemimpin masyarakat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),
- Pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan
- Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor.
Bantuan RM300 Setiap Bulan BINGKAS
Kerajaan negeri turut memberi bantuan tunai melalui beberapa inisiatif termasuk Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang memberi RM300 setiap bulan.
Jika anda ada ciri-ciri dibawah, sila lanjutkan untuk buat permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Bujang
- Sudah berkahwin
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan berumur 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan bulanan keluarga di bawah RM3,000;
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
- Pengundi berdaftar di Selangor
Jika anda ada kriteria seperti diatas, sila buat permohonan disini: https://www.bingkasselangor.com/
