Bantuan Kewangan Setahun Sekali RM100-RM200 Oleh Kerajaan Negeri. Berikut Cara Memohon Dan Syarat Kelayakan
Kerajaan Persekutuan atau Negeri mempunyai inisiatif dalam bentuk pemberian kewangan sebagai sumbangan penghargaan dan keprihatinan. Bantuan ini pastinya akan diberikan kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan tersebut.
Antara jenis bantuan yang disediakan adalah bantuan yang diberikan setahun sekali. Bantuan ini adalah sebagai penambahan agar mereka dapat memanfaatkan untuk keperluan mereka.
Program Bantuan Kewangan Di Bawah i-Sejahtera
Di atas penghargaan dan keprihatinan, Kerajaan Pulau Pinang melalui i-Sejahtera menyediakan sumbangan kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, suri rumah dan bayi berumur 2 tahun ke bawah.
Jumlah Bantuan Yang Akan Dikreditkan
Terdapar empat kategori bantuan yang akan dibayar satu tahun sekali:
- Program Penghargaan Warga Emas : RM200.00
- Program Bantuan Ibu Tunggal : RM100.00
- Program Suri Emas : RM100.00
- Program Bantuan OKU : RM200.00
Syarat-Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat utama untuk program i-Sejahtera ini:
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan merupakan pengundi di Pulau Pinang (Kecuali bagi Program OKU).
- Syarat-syarat lengkap bagi setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat pada pautan berikut : SYARAT-SYARAT PROGRAM i-SEJAHTERA Advertisement
Cara Memohon Bantuan
Untuk mereka yang layak memohon, berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon bantuan i-Sejahtera.
Pertama sekali, anda perlu memohon secara dalam talian (online) di portal i-Sejahtera.
Keduanya, sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status.
Ketiganya, masukkan nombor kad pengenalan dan ikuti langkah-langkah seterusnya untuk permohonan seperti di bawah:
1. Semak No Kad Pengenalan
2. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan.
3. Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
4. Lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan.
5. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Tarikh Bayaran Bantuan
Untuk tarikh pembayaran pula, ia akan dilakukan secara berperingkat. Maklumat penuh seperti berikut:
- Untuk pemohon menerima bantuan pada tahun semasa, pemohon hendaklah melengkapkan pendaftaran sebelum 30 Jun pada setiap tahun
- Bagi pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Cara Pembayaran Dikreditkan
Pembayaran bantuan akan dilakukan secara TUNAI dan Electronic Funds Transfer (EFT).
Namun, pembayaran secara tunai tidak boleh diteruskan. Oleh itu, pemohon yang telah memilih kaedah TUNAI, pemohon boleh membuat pengemaskinian melalui memilih kaedah EFT dengan mengemukakan salinan dokumen akaun bank yang terkini melalui sistem.