Bantuan RM500 setiap bulan untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas: Ini cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM500 setiap bulan

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

Melalui bantuan ini, mereka yang layak dan diluluskan permohonannya akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Advertisement
    Advertisement
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Seperti mana bantuan-bantuan lain di bawah JKM, permohonan bantuan untuk warga emas ini hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Setiap permohonan yang didaftarkan nanti akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bagi info yang lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *