Bantuan Tunai Am RM350 Dikreditkan Setiap Bulan: Berikut Senarai Penerima & Cara Pembayaran

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Salah satu bantuan yang ramain terlepas pandang adalah Bantuan Am yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Manfaat Bantuan Am Persekutuan

Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan

Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga. Dikreditkan secara bulanan.

Syarat-Syarat Kelayakan

Berikut adalah senarai syarat kelayakan untuk penerima bantuan:

  1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan
    (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin
    Per Kapita Semasa;
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan
    bulanan JKM lain;

Maklumat lanjut: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=cWZzb0pFRys1M0RoMktqUW5va0NVZz09

Cara Pembayaran

Semua penerima bantuan terbabit akan menerima bayaran yang disalurkan sepenuhnya melalui akaun bank masing-masing.

Cara Memohon Bantuan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang-Borang Berkaitan

Muat turun borang-borang berikut:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *