Selain terima GKP, ini antara punca-punca lain yang menyebabkan BKC tidak diluluskan

Seperti semua sedia maklum, Bantuan Khas C-19 (BKC) diperkenalkan sebagai bantuan tunai langsung yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik sehingga akhir tahun 2021.

Ia dibayar sebanyak tiga fasa dengan menyaksikan Fasa 2 bermula pada 25 November lalu dan Fasa 3 pada bulan Disember hadapan.

Akan tetapi, walaupun bantuan ini memberi tumpuan kepada rakyat Malaysia dari kategori miskin sehingga M40, tidak semua layak menerima bantuan ini atas beberapa faktor.

Berikut adalah antara faktor-faktor utama mengapa BKC tidak diluluskan: –

Berdasarkan Data BPR 2021

  • Tiada maklumat pada permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
  • Penerima BPR 2021 (Bujang dan Warga Emas sebatang kara) meninggal dunia;
  • Permohonan BPR 2021 berstatus tidak layak;
  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima Geran Khas Prihatin (GKP);
  • Bekerja / menetap di luar negara;

Berdasarkan Data Percukaian

  • Pemohon / Pasangan adalah Penerima GKP;
  • Pendapatan cukai yang dilaporkan melebihi syarat kelayakan M40;
  • Tidak menghantar Borang Cukai Pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020;
  • Pembayar cukai meninggal dunia;
  • Bekerja / menetap di luar negara.

Semakan BKC

Seperti mana pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, pembayaran BKC juga akan melalui kaedah-kaedah sama iaitu:

  • Akaun bank yang telah didaftarkan bagi yang memiliki akaun bank;
  • Melalui tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank.

Semakan status BKC pula boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.

Info lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan bantuan ini turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *