Harga rumah serendah RM30,000 sebuah: Ini syarat-syarat & cara memohon Rumah PPR Dimiliki

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

Antaranya termasuklah bantuan rumah kepada yang berkelayakan iaitu Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Dimiliki:

Harga Rumah

Pada asasnya Program Perumahan Rakyat adalah sebuah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Melalui PPR Dimiliki, ia bertujuan bagi membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri dengan harga dari RM30,000 sehingga RM42,000 sebuah.

Ciri-ciri rumah PPR Dimiliki

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KPKT, permohonan PPR Dimiliki boleh dikemukakan secara atas talian di Portal TEDUH KPKT.

Maklumat lengkap berkenaan PPR boleh dirujuk DI SINI dan senarai projek boleh dilihat dan dimohon di PAUTAN INI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *