RM600 Mula Dikreditkan Bulan Ini (Jun 2025) Ke Akaun Bank Penerima: Maklumat Penuh Bantuan BWE

Warga emas merupakan golongan istimewa yang memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan nilai murni dalam masyarakat. Mereka adalah generasi yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan – daripada zaman kemerdekaan, pembangunan negara, hinggalah ke era digital hari ini. Pengalaman, kebijaksanaan, dan pengorbanan mereka menjadi asas kukuh kepada kemajuan negara yang dinikmati oleh generasi muda kini.

Namun begitu, di sebalik penghargaan yang sering dizahirkan dalam bentuk kata-kata, masih terdapat ramai warga emas yang menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalani kehidupan seharian, terutamanya dari sudut kesihatan, kewangan, dan sosial.

Seiring dengan peningkatan usia, warga emas lebih terdedah kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, dan masalah sendi. Rawatan berterusan dan keperluan ubat-ubatan memerlukan sokongan sistem kesihatan yang mesra warga tua. Di samping itu, ada juga yang mengalami keuzuran hingga tidak mampu mengurus diri sendiri, menyebabkan mereka bergantung sepenuhnya kepada penjaga.

Dalam situasi ini, peranan anak-anak dan keluarga menjadi sangat penting. Namun tidak dapat dinafikan, masih ada warga emas yang terpaksa menghadapi usia tua mereka secara bersendirian – sama ada akibat kematian pasangan hidup, tinggal berjauhan dengan anak-anak, atau ditinggalkan.

Selain isu kesihatan, cabaran ekonomi turut membebani sesetengah warga emas. Ada yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung keperluan harian selepas bersara. Tambahan pula, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadikan hidup lebih mencabar bagi mereka yang tidak menerima sebarang pencen atau bantuan tetap. Justeru, pelbagai inisiatif oleh kerajaan dan badan kebajikan seperti bantuan kewangan, rumah penjagaan, serta program sosial amat diperlukan untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

Warga emas juga tidak harus dipinggirkan dari sudut sosial. Penglibatan mereka dalam aktiviti komuniti boleh membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan emosi. Perasaan dihargai dan diterima oleh masyarakat mampu memberi mereka semangat untuk terus hidup dengan lebih positif. Maka, menjadi tanggungjawab bersama – sama ada kerajaan, masyarakat mahupun individu – untuk memastikan warga emas terus diberikan tempat yang sewajarnya dalam kehidupan kita semua.

Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Warga Emas atau BWE. Ini adalah maklumat tentang bantuan berkenaan.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas atau BWE adalah sebuah bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan beban warga emas yang memerlukan dan memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan serta kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM600 setiap bulan. Ia menampakkan peningkatan sebanyak RM100, kerana sebelum ini kadar BWE ditetapkan sebanyak RM500.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  • Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita
  • Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Cara Memohon

Bagin yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BWE boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat. Bagi memudahkan urusan, pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  • Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4:
  • Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
  • Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Setiap permohonan itu akan dijalankan siasatan bagi mengetahui kelayakan pemohon. Dimaklumkan juga bahawa sekiranya permohonan diluluskan, pembayaran bantuan akan dibuat secara automatik ke akaun penerima setiap bulan.

Maklumat lebih terperinci tentang Bantuan Warga Emas (BWE) boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *