RM500 Telah Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank: Ini Maklumat Penuh Penerima Bantuan Aidiladha 2025
Hari Raya Haji merupakan antara perayaan utama dalam kalendar Islam yang membawa makna yang amat mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia. Ia bukan sekadar sebuah sambutan tahunan, tetapi suatu peringatan tentang erti kepatuhan, keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah. Hari yang penuh keberkatan ini turut mengajak umat Islam merenung kembali nilai-nilai kehidupan yang bersandarkan kepada keimanan dan ketakwaan.
Di samping itu, Hari Raya Haji juga memperlihatkan ikatan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Umat Islam akan berkumpul bersama keluarga dan komuniti, mengukuhkan silaturrahim, serta saling memberi sokongan dan dorongan dalam menempuh kehidupan. Suasana yang harmoni dan penuh kasih sayang ini menjadi asas penting kepada pembentukan masyarakat yang bersatu dan saling menghormati.
Dalam konteks yang lebih luas, Hari Raya Haji mengingatkan kita tentang pentingnya nilai kejujuran, tanggungjawab dan kesediaan untuk menghadapi ujian hidup. Ia menjadi titik tolak kepada muhasabah diri, di mana setiap individu digalakkan menilai semula arah tujuan hidup dan memperbaiki hubungan dengan Pencipta serta sesama manusia.
Selain itu, perayaan ini juga memberi peluang kepada umat Islam untuk menghayati semangat ketaatan dan keteguhan hati dalam melaksanakan tuntutan agama, walaupun berdepan dengan cabaran. Ia adalah masa untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbanyakkan doa, zikir dan ibadah, serta meningkatkan ketenangan rohani.
Secara keseluruhannya, Hari Raya Haji adalah detik yang sangat bermakna — bukan hanya dari sudut keagamaan, tetapi juga sebagai ruang refleksi dan penguatan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Dalam masa sama, terdapat beberapa inisiatif khas telah diperkenalkan bersempena perayaan ini. Antaranya adalah melalui Bantuan Aidiladha dan Bantuan Tunai Aidiladha. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan yang telah diperkenalkan.
Bantuan Aidiladha 2025
Pada tahun ini, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan Bantuan Aidiladha MAIWP kepada sekitar 33,300 asnaf di wilayah berkenaan.
Bantuan melibatkan peruntukan RM16.65 juta ini akan melibatkan pemberian sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada setiap asnaf yang layak. Dimaklumkan bahawa pemberian bantuan ini dibuat kepada asnaf yang mendaftar dengan MAIWP sahaja.
Selain itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) turut memperkenalkan bantuan sama yang dikenali sebagai Bantuan Tunai Aidiladha. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.42 juta dan akan diberikan kepada 11,450 orang penerima.
Kadarnya pula ditetapkan sebanyak RM300 kepada asnaf miskin dan mualaf. Manakala, asnaf fakir pula menerima RM400.
Tarikh Pembayaran
Pembayaran Bantuan Aidiladha MAIWP dibuat selewat-lewatnya 6 Jun 2025. Manakala, Bantuan Tunai Aidiladha MAIM pula pada 29 Mei 2025.
Kedua-dua bantuan dibayar secara kredit terus ke akaun bank penerima, seperti mana maklumat yang diberikan kepada MAIWP dan MAIM.
Dimaklumkan bahawa bantuan-bantuan ini diberikan secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Info Tambahan
MAIWP turut memperkenalkan pelbagai bantuan zakat yang antaranya adalah Bantuan Perubatan Am. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dalam mendapatkan rawatan dan perkhidmatan serta bekalan perubatan.
Syarat-syarat khusus bantuan ini adalah:
- Telah disahkan sakit / disyorkan keperluan oleh pihak yang diberi kuasa;
- Menyatakan maklumat keperluan rawatan;
- Rawatan alternatif/ terapi perubatan alternatif adalah layak dipertimbangkan.
Sebuah lagi bantuan adalah Bantuan Am Persekolahan yang diberikan kepada asnaf bagi meringankan beban persekolahan anak-anak dan memberikan mereka peluang mendapatkan pendidikan yang sempurna.
Syarat-syarat khusus bantuan adalah:
- Tidak mendapat biasiswa daripada mana-mana pihakl
- Mendapat sokongan daripada Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan HEM/ Guru Biasiswa;
- Pelajar bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan/ sekolah kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama/ Sekolah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri;
- Jika terdapat pelajar yang tidak mempunyai penjaga/ waris, permohonan bantuan adalah nama pelajar itu sendiri.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, MAIWP turut memperkenalkan Bantuan Biasiswa Sekolah bagi eningkatkan motivasi dan memberi perangsang kepada pelajar untuk mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum sepanjang persekolahan di peringkat sekolah menengah.
Syarat-syarat khususnya adalah:
- Tidak mendapat biasiswa / tajaan dari mana-mana pihak
- Cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sahsiah.
- Pelajar bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan / sekolah kerajaan atau Sekolah Agama Kerajaan Negeri atau Sekolah Agama / Sekolah Tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
Maklumat lengkap dan terperinci tentang bantuan-bantuan di bawah MAIWP, sila lihat di portal rasminya – DI SINI.



