Bantuan Khas Kewangan RM2,500 Untuk Fasa 2 Dibayar Mac Ini: Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bulan Mac telah pun membuka tirainya.  Bulan Mac ini amat penting kerana akan bermulanya sesi persekolahan dan bulan puasa. Semestinya ia memerlukan lebih perbelanjaan kepada sesetengah keluarga.

Oleh itu, kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan yang dijanjikan pada bulan ini.Diharapakan dengan bantuna-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada yang penerima. Berikut antara bantuan tersebut:

Bantuan Khas RM2,500

Untuk maklumat semua, Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 telah dijanjikan oleh  Kerajaan Negeri Sembilan untuk diberikan kepada senarai penerima.

Cara Pembayaran

Bantuan Khas Kewangan ini akan dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada bulan Februari dan Mac 2024.

Tarikh Pembayaran

Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024. Untuk fasa 1 telah dikreditkan pada hujung Februari lalu. Bagi fasa 2 pula ia akan dikreditkan hujung Mac ini.

Jumlah Keseluruhan Bantuan

Jumlah keseluruhan peruntukan kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di negeri ini ialah RM39.6 juta.

Senarai Penerima

6,662 orang penjawat awam di negeri itu.

Objektif Bantuan

Objektifnya agar bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.

Seperti disebutkan Menteri Besar Negeri Sembilanketika  membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-15 tahun lalu.

Menurut, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun,  bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi seperti maklumat tertera di bawah:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my
Koordinat: Lng 101.942277, Lat 2.725904

Maklumat Belanjawan Negeri Sembilan 2024

Kerajaan Negeri Sembilan  telah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.

Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Aminuddin Harun ketika membentangkan belanjawan bertemakan’Bersama Membina Negeri MADANI’, fokus belanjawan adalah kepada sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat.

Belanjawan 2024 Negeri Sembilan merangkumi ekonomi, pelaburan serta infastruktur; pendidikan dan modal insan; kesejahteraan rakyat serta pertanian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *