Elaun Sara Hidup RM250 Setiap Bulan (ESHND). Ini Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Peningkatan kos sara hidup pastinya menjadi cabaran kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Ini kerana bebanan kewangan setiap keluarga semakin menekan.

Bantuan atau elaun sara hidup amat penting bagi memberi peningkatan kepada kualiti hidup golongan yang menerima bantuan tersebut. Oleh itu, terdapat berita gembira untuk mereka yang layak. Pihak kerajaan ada menyediakan bantuan atau elaun sara hidup yang dikreditkan setiap bulan.

Berikut merupakan salah satu bantuan yang disediakan:

Jumlah Bantuan

Bantuan ini akan menyediakan RM250 yang dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak.

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Elaun Sara Hidup ESHND

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) adalah inisiatif di bawah Kementerian Perikanana Dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan Malaysia.

Elaun ini diuruskan oleh Jawatankuasa Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri bagi melaksanakan bayaran elaun sara hidup ini secara sekata di seluruh negara. Pejabat Perikanan Negeri merangkumi Jabatan Pertanian Sarawak bagi Negeri Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Negeri Sabah.

Syarat-Syarat Kelayakan

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada penerima yang layak. Maka, syarar-syarat kelayakan telah disenaraikan seperti di bawah:

1- Memiliki MyKad (Biru).

2- Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) /Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

3- Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.

4- Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja.

Maksud Nelayan Darat

Maksud nelayan darat adalah mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah:

1- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum); dan

2- menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan; dan

Advertisement
Advertisement

3- sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan; dan

4- tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap; dan
bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); dan

5- tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif; dan

6- mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

Penting untuk pemohon mengetahui maksud nelayan darat kerana ia akan menentukan kelayakan mereka untuk menerima elaun sara hidup bulanan yang disalurkan.

Cara-Cara Memohon

Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Program Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:

1- Salinan MyKad; dan

2- Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen; dan

3- Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat; dan

4- Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut; dan

5-Gambar pemohon.

6- Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu).

Tempat Daftar Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran. Senarai pejabat perikanan daerah boleh rujuk di laman web rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.

Untuk memudahkan urusan, boleh ke pautan berikut: https://www.dof.gov.my/hubungi-kami/lokasi-pejabat-perikanan-daerah/

Pilih negeri berkaitan dan laman web ini akan mengeluarkan semua senarai pejabat periknana yang berdekatan.

Kaedah Pembayaran Bantuan

Pembayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan darat tulen yang layak adalah melalui akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut.

Agrobank adalah bank yang biasa digunakan untuk urusan pembayaran kepada nelayan.

Pembayaran akan dibuat oleh Pejabat Perikanan Negeri ke akaun penerima melalui pihak Agrobank

Advertisement
Advertisement