Bantuan bulanan RM500 kepada golongan berumur 60 tahun & ke atas: Dibayar setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan. Antaranya adalah bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada mereka yang memerlukan, khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40.

Ini adalah maklumat berkenaan antara bantuan tunai yang telah diperkenalkan oleh JKM itu: –

Bantuan Bulanan RM500

Bantuan bulanan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE). Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk meringankan beban kos sara hidup dan perbelanjaan warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Jumlah BWE yang ditetapkan oleh Kerajaan adalah sebanyak RM500 dan akan diberikan secara bulanan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan serta diluluskan permohonan mereka.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Cara Memohon BWE

Bagi yang menepati syarat-syarat bantuan bulanan ini, pemohon atau wakil yang sah boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen-dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Bagi memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak, setiap permohonan akan menjalani siasatan bagi penilaian (means-tested) untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Cara pembayaran bantuan pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka.

Info lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan boleh dilihat serta dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI

Advertisement
.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, di bawah Belanjawan 2024 – pihak Kerajaan juga bersetuju memperkenalkan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) iaitu sebuah inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti.

Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Objektif utama penubuhan PAWE adalah:

  • Meluaskan kemudahan-kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas;
  • Ruang kepada warga emas rasa dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka;
  • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak;
  • Memberi alternatif kepada kumpulan warga emas daripada kategori keluarga berpendapatan rendah;
  • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selari dengan konsep warga emas aktif dan produktif.

Di pusat itu, pelbagai aktiviti dan program akan dijalankan seperti:

  • Program keagamaan;
  • Program rekreasi;
  • Program terapi dan pemulihan;
  • Program ceramah kesihatan;
  • Latihan atau kursus yang bersesuaian.

Bagi mereka yang ingin menyertai PAWE ini, ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas. Mereka yang berminat menjadi ahli PAWE boleh mengisi borang pendaftaran ahli di Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran dengan tempat tinggal.

Turut dimaklumkan bahawa tiada sebarang bayaran dikenakan kepada warga emas yang mengikuti aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas ini.

Untuk semakan lokasi PAWE di seluruh negara boleh dirujuk DI SINI, dan maklumat lanjut mengenainya pula DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *