BKC Fasa 3 dijangka dibayar pada minggu ke-4 bulan ini: Kategori terlibat & jumlah bayaran
Seperti yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan melalui PEMULIH telah pun memperkenal sebuah skim bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Khas C-19 atau BKC.
Melalui BKC, bantuan kewangan diberikan kepada mereka yang layak dari kategori Miskin, B40 dan M40, mengikut jumlah tertentu masing-masing.
Pembayaran BKC Fasa 1 dan 2 juga telah selesai dibayar kepada yang layak pada bulan September dan November 2021 yang lalu. Makanya, kini tibalah masanya untuk pembayaran BKC Fasa 3 untuk bulan Disember 2021.
Berikut adalah maklumat lanjut tentangnya: –
Kadar Bantuan
Bantuan BKC Fasa 3 hanya akan melibatkan dua kategori penerima iaitu:
- Miskin (Isi Rumah): RM3o0
- B40 (Isi Rumah): RM300
Dengan itu, jumlah keseluruhan BKC yang diterima oleh Isi Rumah Miskin adalah sebanyak RM1,300, manakala Isi Rumah B40 pula dengan jumlah keseluruhan RM800.
Tarikh Pembayaran BKC Fasa 3
Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKC Fasa 3, sehingga kini (ketika artikel ini diterbitkan) – belum terdapat sebarang makluman dari pihak kerajaan.
Akan tetapi, berdasarkan tarikh-tarikh pembayaran BKC dan BPR sebelum ini yang dibayar pada hujung bulan, makanya BKC Fasa 3 juga dijangka akan mengikut cara sama iaitu pada minggu ke-4 Disember iaitu antara 25 hingga 31 Disember 2021.
Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran hanya akan dimaklumkan oleh pihak kerajaan dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semakan BKC
Untuk mereka yang ingin mengetahui jumlah kelulusan BKC, ia boleh disemak secara atas talian di portal rasmi BKC – DI SINI.
Dalam masa sama, maklumat terperinci berkenaan BKC juga boleh dirujuk melalui Soalan-soalan Lazim (FAQ) BKC yang diterbitkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) – DI SINI (PDF).