STR Fasa 4: Jumlah bayaran yang bakal diterima isi rumah, warga emas dan bujang
Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif. Bantuan kerajaan memainkan peranan penting dalam meringankan beban kewangan serta meningkatkan taraf hidup golongan yang memerlukan.
Antara bantuan yang ditawarkan termasuklah bantuan kewangan, subsidi, program latihan kemahiran, serta sokongan untuk sektor pendidikan dan kesihatan. Langkah ini bukan sahaja membantu golongan berpendapatan rendah, tetapi juga menyokong pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Dengan adanya bantuan ini, rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera.
Hal sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat dari kalangan B40 dan M40. Ini adalah maklumat tentang STR yang semua perlu tahu: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan salah sebuah inisiatif kerajaan bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Terutamanya dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
STR juga merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Melaluinya, penerima yang layak dari kalangan B40 dan M40 akan menerima bantuan tunai secara terus, sama ada isi rumah, warga emas, serta golongan bujang. Bantuan ini diharapkan boleh membantu menampung perbelanjaan harian, menyediakan keperluan asas serta meningkatkan kesejahteraan rakyat yang terjejas.
Selain itu, STR turut berperanan sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada bantuan, terutamanya dalam menghadapi cabaran seperti inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.
Syarat-Syarat Kelayakan STR
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Pembayaran STR datang dengan dua kaedah iaitu secara kredit terus ke akaun atau pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – bagi mereka yang tiada akaun bank.
Jumlah pembayaran kepada setiap kategori untuk STR Fasa 4 adalah seperti berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM200
- Bilangan anak 1 – 2: RM350
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM700
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM150
- Bilangan anak 1 – 2: RM200
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 4: RM100
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 4: RM150
Bagi yang telah membuat permohonan atau penerima STR pada tahun lalu (2023), semakan status kelulusan STR boleh dibuat di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Bagi tahun 2024 ini, permohonan STR dibuka sepanjang tahun. Oleh itu, bagi mereka yang belum membuat permohonan, ia boleh dibuat di portal sama dengan mendaftar dan memgisi maklumat diri, keluarga dan pendapatan secara tepat dan sahih.
Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, sila teliti di Portal Rasminya – DI SINI.