Bantuan Awal RM300 untuk B40 dan M40: Permohonan dibuka bulan ini (Oktober 2024)

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan generasi muda melalui pendidikan dan peluang kerjaya.

Bagi pelajar baru, melangkah ke alam universiti atau kolej sering kali memerlukan persiapan yang rapi, termasuk dari segi kewangan. Menyedari hal ini, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk meringankan beban pelajar dan keluarga mereka.

Skim seperti biasiswa, pinjaman pendidikan dan bantuan sara hidup dirancang khusus untuk memastikan pelajar dari semua lapisan masyarakat dapat mengakses pendidikan tanpa halangan kewangan yang besar. Bantuan ini bukan sahaja menggalakkan lebih ramai pelajar meneruskan pengajian tinggi tetapi juga membantu mereka fokus pada akademik.

Dalam masa sama, dimaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan sebuah inisiatif iaitu Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT). Ini adalah maklumat tentang bantuan ini: –

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT)

Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT atau BAKIPT adalah merupakan sumbangan kewangan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Jumlah sumbangan ini adalah sebanyak RM300 dan diberikan secara ‘one-off’.

Syarat-syarat kelayakan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon / Ibu / Bapa lahir di Negeri Kedah dan bermastautin serta menetap di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT);
  • Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan;
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan;
  • Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara sepenuh masa bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah / IPT dalam negara atau luar negara. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency;
  • Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
  • Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Mereka yang tidak layak memohon bantuan ini adalah:

  • Pelajar Pasca-Siswazah;
  • Pelajar Separuh Masa;
  • Pelajar Luar Kampus;
  • Pelajar di Insturut Perguruan (IPG);
  • Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
  • Sijil selain Politeknik dan Kolej Komuniti.

Cara Memohon BAKIPT

Bagi yang memenuhi kelayakan BAKIPT, permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah.

Pemohon kemudian hendaklah memuatnaik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti senarai berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa;
  • Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07);
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT;
  • Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT;
  • Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon;
  • Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang lahir di kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja).

Banyak lagi maklumat terkini di Telegram: https://t.me/jawatankerja

Dimaklumkan bahawa, permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan – tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.

Untuk Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024, permohonan program bantuan ini dibuka mulai 1 Julai 2024 hingga 31 Oktober 2024.

Bagi yang diluluskan permohonannya, pembayaran bantuan ini akan dibuat oleh Pusat Khidmat/Penyelaras DUN Kawasan pemohon.

Maklumat lebih lengkap dan teliti boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *