Pendapatan Tidak Melebihi RM4,000: Ini Bantuan Tunai RM200 & Senarai Penerima

Kerajaan perseketuan/negeri sangat prihatin untuk mengkreditkan insentif atau bantuan yang dijanjikan kepada setiap kategori yang memerlukan. Diharapkan dengan bantuaa-bantuan seperti ini dapat memberi manfaat kepada penerima bantuan.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai jenis bantuan di bawah Belanjawan 2024 mengikut negeri masing-masing. Berikut maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut:

Bantuan RM200 untuk warga emas

Pihak Kerajaan Negeri di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, telah bersetuju untuk memperkenalkan insiatif baru iaitu sumbangan tunai RM200 kepada warga emas secara ‘one-off’.

Insentif ini merupakan salah satu daripada 77 inisiatif yang terkandung dalam manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Senarai Penerima & Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan;
  • Pendapatan tidak melebihi RM4,000;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Berumur 70 tahun ke atas.

Cara Memohon Bantuan

Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan tunai ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal atau Aplikasi N9 Digital.

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Kad Pengenalan (MyKad);
  • Slip pengundi SPR;
  • Dokumen pengesahan pendapatan/slip pencen.
  • Dimaklumkan bahawa pemberian bantuan ini terhad kepada 10,000 pemohon pertama sahaja. Oleh itu, mereka yang layak digalakkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera.

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri Sembilan juga memperkenalkan caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM100 bagi kelahiran baharu anak-anak Negeri Sembilan bermula tahun 2023 hingga 2027.

Advertisement
Advertisement

Selain itu, bantuan kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh sebanyak RM300 juga diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelbagai lagi inisiatif Negeri Sembilan, sila rujuk di Portal Rasmi Negeri – DI SINI.

Info Tambahan

Pemohon akan menerima kod akaun memohon melalui telefon bimbit. Selepas mengesahkan kod akaun memohon di skrin, pemohon perlu mengisi maklumat untuk meneruskan permohonan. Anda akan dikenali dengan Nama anda dalam semua aplikasi di n9.digital

Muat turun aplikasi N9. Digital di sini: https://apps.apple.com/my/app/n9-digital/id1512768213

atau https://play.google.com/store/apps/details?id=com.accuratio.n9digital&pli=1

Sebarang Maklumat Lanjut

Sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 606-765 9900
Faks : 606-761 7386
E-mel: korporatsukns@ns.gov.my

 

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *