TM Berhad buka pelbagai jawatan kosong terkini ~ Tarikh tutup permohonan 12 Disember 2021
Telekom Malaysia Berhad (TM) kini sedang membuka pelbagai peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
- AGM MOBILE DEVELOPMENT & SUPPORT
- Penempatan: MENARA TM ONE, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
- AGM MOBILE SERVICES
- Penempatan:MENARA TM ONE, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
- MANAGER MOBILE GO TO MARKET
- Penempatan:MENARA TM ONE, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
- PENGURUS SOKONGAN PRODUK & PERANTI
- Penempatan:MENARA TM ONE, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
- PENOLONG PENGURUS PEMBANGUNAN APLIKASI UMUM
- Penempatan: TM IT Complex, Cyberjaya, Selangor
Syarat-syarat Kelayakan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan kekosongan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut pengkhususan bidang bagi setiap jawatan;
- Memiliki pengalaman dari 2 hingga 10 tahun mengikut pengkhususan bagi setiap jawatan.
*Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan syarat-syarat bagi setiap jawatan – KLIK SINI.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dikemukakan dengan secara atas talian di portal rasmi TM Career – DI SINI.
Kepada pengguna baru, calon dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di sistem penjawatan berkenaan, sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan jawatan yang ditawarkan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat dan melepasi tapisan majikan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Tarikh tutup bagi kekosongan jawatan adalah pada 12 DISEMBER 2021, SABTU.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan ini boleh dirujuk – DI SINI.