KPM Buka Permohonan Untuk Guru Sekolah Rendah & Menengah Bagi Lepasan SPM. Berikut Cara Memohon

Bagi pelajar lepasan SPM, masih ada sinar untuk anda menjadi guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berita baik untuk anda semua. Ini kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Maklumat Program

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Advertisement
    Advertisement
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    a. Bahasa Melayu;
    b. Sejarah; dan
    c. Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online

SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://linktr.ee/jawatan_bantuan

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *