Bantuan RM500 dari KWSP kepada ahli berumur bawah 55 tahun: Ini penjelasan lanjutnya

Setiap tahun, kerajaan akan membentangkan belanjawan untuk dimanfaatkan kepada pembangunan negara dan rakyat.

Untuk Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion, dengan RM289.1 bilion bagi belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Merangkumi peruntukan berkenaan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah: –

Bantuan KWSP RM500

Seperti mana yang diketahui umum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ini.

Antaranya termasuklah melalui i-Sinar; i-Citra; i-Lestari; i-Lindung dan sebagainya.

Bagi meneruskan pelbagai lagi manfaat dan kemudahan kepada para ahli KWSP, pihak Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju memperkenalkan bantuan kewangan kepada para ahli badan kewangan itu.

Bantuan itu adalah sebanyak RM500 kepada para ahli KWSP berumur 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan bawah RM10,000. Bantuan kewangan ini akan dikreditkan terus ke Simpanan KWSP Akaun 1.

Advertisement
Advertisement

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

“Program ini akan memberi manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 billion,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Dalam perkembangan lain, pihak KWSP turut memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai i-Sayang yang membolehkan pemindahkan dua peratus daripada caruman bulanan sumai kepada akaun isteri.

Bagi info yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *