RM900 Fasa 3 Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini (Julai 2025): Maklumat Penuh & Jadual Bayaran
Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Menurut pengkelasan ekonomi oleh kerajaan, golongan ini lazimnya berpendapatan isi rumah di bawah RM4,850 sebulan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang — dari pekerja kilang, peniaga kecil, petani, nelayan, penjaja, hinggalah ke buruh harian. Dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, golongan B40 sering kali menjadi kumpulan yang paling terkesan oleh kenaikan kos sara hidup, inflasi, dan ketidaktentuan ekonomi global.
Cabaran utama yang dihadapi oleh B40 termasuklah kesukaran memiliki rumah, akses terhad kepada pendidikan berkualiti, kos penjagaan kesihatan yang tinggi, dan peluang pekerjaan yang terbatas. Ramai dalam kalangan mereka juga tidak mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi, menjadikan mereka amat terdedah kepada kejutan ekonomi seperti kehilangan pekerjaan atau bencana alam. Selain itu, ramai yang tidak dilindungi oleh skim perlindungan sosial atau insurans, menambahkan lagi risiko terhadap keselamatan kewangan keluarga.
Walaupun kerajaan telah memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan sepertiSkim Perumahan Mampu Milik, serta subsidi pendidikan dan kesihatan, jurang pendapatan antara golongan B40 dan kumpulan M40 serta T20 masih ketara. Oleh itu, usaha bersepadu dari pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan kebajikan golongan ini terus terbela. Ini termasuklah peranan sektor swasta, NGO dan masyarakat dalam menyediakan sokongan ekonomi, peluang pekerjaan serta latihan kemahiran yang relevan untuk meningkatkan taraf hidup mereka secara berperingkat.
Memahami realiti kehidupan golongan B40 bukan sahaja penting dari sudut dasar sosial, malah ia mencerminkan keprihatinan kita sebagai sebuah masyarakat yang inklusif dan adil. Prihatin dengan perkara itu, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban golongan B40.
Program Sentuhan Kasih Rakyat
Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah sebuah bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
Ia juga bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar, mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah dan sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.
Syarat-Syarat Kelayakan
Kriteria asas
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Bagi kategori miskin
- Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
Bagi kategori miskin tegar
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
- Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar;
- Masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.
Pembayaran Bantuan
Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan. Akan tetapi, pembayarannya dibuat secara berfasa iaitu sebanyak RM900 setiap fasa. Ini adalah jadual pembayaran bantuan ini:
- Fasa 1 (Januari – Mac) : RM900
- Fasa 2 (April – Jun) : RM900
- Fasa 3 (Julai – September) : RM900
- Fasa 4 (Oktober – Disember) : RM900
Cara pembayaran bantuan ini dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonan mereka. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank/akaun tidak aktif – pembayaran akan dibuat secara pembayaran tunai kepada penerima.
Cara Memohon
Bagi permohonan bantuan ini, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS). Semakan kelulusan permohonan kemudiannya boleh dibuat di Portal Syukur Sabah.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dimaklumkan bahawa, mereka yang layak akan menerima notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) setiap kali agihan dilaksanakan.
Sebarang transaksi hanya akan dilakukan kepada akaun bank penerima yang layak sahaja. Penggunaan akaun individu lain adalah tidak dibenarkan melainkan syarat-syarat tertentu.
Maklumat lebih terperinci berkenaan Program Sentuhan Kasih Rakyat, sila rujuk di Portal Rasmi PADANS – DI SINI.



