RM900 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Pengambilan Tunai: Ini Cara Memohon Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Golongan B40 atau lebih dikenali sebagai kelompok isi rumah berpendapatan rendah merupakan antara segmen masyarakat yang sering diberi perhatian dalam pelbagai dasar pembangunan negara. Istilah B40 merujuk kepada 40% isi rumah terbawah dari segi pendapatan, yang biasanya memperoleh kurang daripada paras purata nasional.

Dalam konteks Malaysia, golongan ini lazimnya mempunyai pendapatan isi rumah bulanan sekitar RM4,850 ke bawah, walaupun jumlah sebenar boleh berubah mengikut garis panduan dan pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa.

Kedudukan mereka dalam struktur sosioekonomi menjadikan B40 antara kumpulan yang paling terkesan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Kenaikan harga barang keperluan asas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perumahan sering memberi tekanan kewangan yang besar kepada keluarga dalam kelompok ini.

Malah, ramai dalam kalangan mereka tidak mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi untuk menghadapi situasi mendesak seperti kehilangan pekerjaan, kecemasan kesihatan, atau bencana alam. Hal ini menyebabkan golongan B40 lebih terdedah kepada risiko kemiskinan berpanjangan.

Selain itu, golongan ini juga berhadapan dengan keterbatasan peluang untuk meningkatkan taraf hidup. Akses terhadap pendidikan berkualiti, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih baik sering kali menjadi cabaran utama.

Ada antara mereka yang terperangkap dalam kitaran pekerjaan bergaji rendah, sekali gus menyukarkan usaha untuk keluar daripada kelompok berpendapatan rendah. Dalam konteks yang lebih luas, isu ini bukan sahaja melibatkan individu atau keluarga, tetapi turut memberi kesan kepada pembangunan negara secara keseluruhannya.

Menyedari hakikat ini, kerajaan serta pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu golongan B40. Antaranya termasuklah bantuan kewangan tunai, subsidi barangan asas, skim perumahan mampu milik, serta program latihan kemahiran dan keusahawanan. Usaha-usaha ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan serta membuka lebih banyak peluang agar golongan B40 dapat meningkatkan kualiti hidup mereka.

Bantuan tunai secara bulanan juga diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan.

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat 2025

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat atau SKR adalah sebuah inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah Belanjawan 2025 Sabah. Bantuan ini bertujuan untuk:

  • Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas;
  • Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar;
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah; dan
  • Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan dengan pembayaran sebanyak empat fasa dengan pada kadar RM900. Berikut adalah jadual pembayaran:

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Kriteria asas
    • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut)
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’
  • Serta memenuhi salah satu kriteria berikut
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
  • Bagi kategori miskin
    • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
  • Bagi kategori miskin tegar
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah/anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Makluman: Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Isi Rumah miskin bagi Negeri Sabah ialah isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM 2,742 dengan nilai per kapita RM 671 setiap individu. Manakala, miskin tegar pula didefinisikan sebagai isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM1,218.00 dengan nilai per kapita RM288 setiap individu.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat 2025 – boleh dibuat di Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).

Cara pembayaran bantuan ini akan dibuat dengan cara berikut:

  • Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima; atau
  • Bayaran akan diberikan secara tunai; atau
  • Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.

Dimaklumkan bahawa sebarang transaksi hanya akan dilakukan kepada akaun bank penerima yang layak sahaja. Penggunaan akaun individu lain adalah tidak dibenarkan melainkan syarat-syarat tertentu.

Untuk info lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal PADANS – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *