RM250 – RM500 Bantuan Bulanan Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini (Ogos 2025): Maklumat Penuh & Jadual Bayaran

Dalam sesebuah masyarakat yang sedang pesat membangun, tidak semua lapisan rakyat dapat menikmati peluang dan kemudahan yang sama rata. Golongan kurang kemampuan seringkali berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seharian, sama ada dari sudut ekonomi, pendidikan mahupun kesihatan.

Mereka adalah kelompok masyarakat yang hidup dengan sumber pendapatan terhad, sering bergelut untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari. Realiti ini bukan sekadar menjejaskan kualiti kehidupan mereka, malah turut memberi kesan terhadap masa depan generasi yang akan datang.

Kos makanan, perumahan, pengangkutan dan perkhidmatan asas yang semakin tinggi menjadikan kehidupan golongan ini lebih sukar. Bagi mereka, setiap ringgit sangat berharga kerana perlu dibahagikan sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan harian.

Ada antara mereka yang terpaksa mengikat perut demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan, ada juga yang sanggup bekerja lebih masa walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Inilah pengorbanan yang jarang terlihat, tetapi sangat besar maknanya dalam kelangsungan hidup golongan ini.

Selain itu, kekurangan peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal turut menjadi faktor utama mengapa ramai masih terperangkap dalam kitaran kemiskinan. Walaupun memiliki kemahiran, tidak semua berpeluang untuk mengembangkan potensi mereka kerana kekangan modal, akses teknologi, dan kurangnya sokongan yang berkesan. Dalam jangka panjang, keadaan ini boleh mewujudkan jurang sosial yang semakin melebar antara mereka yang berkemampuan dengan yang kurang bernasib baik.

Walau bagaimanapun, penting untuk kita memahami bahawa golongan kurang kemampuan bukanlah beban kepada masyarakat. Sebaliknya, mereka adalah sebahagian daripada kita yang memerlukan sokongan dan peluang untuk bangkit serta memperbaiki kehidupan. Melalui inisiatif kerajaan, bantuan komuniti, serta kesedaran masyarakat yang lebih prihatin, peluang untuk mereka keluar daripada kesempitan hidup pasti lebih cerah.

Antara usaha bagi membantu golongan ini adalah melalui pelbagai jenis bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Salah satu bantuan itu dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuan bantuan bulanan yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Ia juga bagi meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri serta menggalakkan masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara mara sebagai anak pelihara.

Kadar bantuan ini ditetapkan sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] atau Ordinan Pengangkatan Sabah 1960 atau Native Adoption Regulations 1961 atau Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91] atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan;
    • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
      • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
      • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
      • Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan.
      • Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak; ayau
  • Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Anak Pelihara (BAP) boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Pemohon juga perlu mengemukakan salinan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:

  • Salinan MyKad pemohon;
  • Salinan MyKad/ MyKid kanak-kanak warganegara (jika berkaitan); atau
  • Salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak di bawah Program Anak Pelihara JKM dan Perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak (jika berkaitan); atau
  • Surat tawaran Program Anak Pelihara/ Perintah Mahkamah [Perintah mahkamah seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001] (jika berkaitan);
  • Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  • Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

Setiap permohonan kemudiannya akan dijalankan siasatan oleh JKM bagi memastikan permohonan benar-benar layak dan menepati syarat. Ia juga bertujuan bagi memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Bagi maklumat terperinci tentang Bantuan Anak Pelihara (BAP) sila rujuk di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *