RM300 Dikreditkan Ke Akaun Bank Penerima Bulan Ini (Julai 2025): Maklumat Penuh Bantuan SKR 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40% kumpulan pendapatan terendah di Malaysia. Dalam kehidupan seharian, mereka sering berdepan dengan pelbagai cabaran yang mungkin tidak begitu dirasai oleh golongan lain. Dengan pendapatan isi rumah yang terhad, mereka perlu mengimbangi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan anak-anak, dan perbelanjaan kesihatan.

Tambahan pula, peningkatan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi, dan kekurangan peluang pekerjaan yang stabil hanya menambah tekanan kepada kehidupan mereka.

Di kawasan bandar, cabaran ini menjadi lebih ketara apabila sewa rumah mahal, kos pengangkutan tinggi dan keperluan hidup moden menjadi beban kewangan tambahan. Sementara itu, di kawasan luar bandar pula, akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan berkualiti dan peluang pekerjaan yang baik masih menjadi isu utama. Ramai dalam kalangan B40 juga tidak mempunyai perlindungan insurans, simpanan kecemasan, atau kemampuan untuk berhadapan dengan situasi tidak dijangka seperti kehilangan kerja atau masalah kesihatan.

Oleh itu, memahami cabaran sebenar yang dihadapi oleh golongan B40 amat penting agar dasar bantuan dan intervensi sosial dapat dirangka dengan lebih tepat dan berkesan. Ini bukan sekadar soal pendapatan rendah, tetapi soal kesejahteraan hidup yang memerlukan perhatian menyeluruh dari semua pihak — kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Prihatin dengan keadaan itu, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan bagi meringankan beban golongan B40 yang memerlukan. Ia termasuklah melalui sebuah program bantuan yang dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang bantuan berkenaan.

Bantuan SKR 2025 (Sentuhan Kasih Rakyat)

Program Sentuhan Kasih Rakyat atau nama penuhnya Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah adalah sebuah insiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri berkenaan di bawah Belanjawan 2025 Sabah.

Bantuan ini berobjektif untuk meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas dan membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah serta sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dan agihan mengikut keutamaan.

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan SKR

  • Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024 (perlu memenuhi semua kriteria berikut):
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
    • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar di dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)*.

 

  • Bagi kategori miskin
    • Ketua Isi Rumah sahaja (seorang penerima); atau
  • Bagi kategori miskin tegar
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima; atau
    • Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satu (1) Ahli Isi Rumah / anak di bawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (c.ii) masih di bawah paras kemiskinan tegar walaupun telah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Kadar Bantuan SKR 2025

Kadar bantuan SKR 2025 ditetapkan sebanyak RM300 setiap bulan. Pembayarannya pula dibuat secara empat fasa dengan kadar RM900 setiap fasa. Berikut adalah jadual pembayarannya:

  • Fasa 1 Januari – Mac : RM900
  • Fasa 2 April – Jun : RM900
  • Fasa 3 Julai – September : RM900
  • Fasa 4 Oktober – disember : RM900

Cara pembayarannya pula adalah secara dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau akan bank tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di lokasi yang ditetapkan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Permohonan Bantuan SKR 2025

Bagi pendaftaran bantuan ini, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS Sabah). Semakan kelulusan pula boleh dibuat Portal Syukur Sabah.

Dimaklumkan bahawa notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.

Diingatkan juga bahawa sebarang transaksi hanya akan dilakukan kepada akaun bank penerima yang layak sahaja. Oleh itu, penggunaan akaun individu lain adalah tidak dibenarkan melainkan syarat-syarat tertentu.

Makanya, mengemaskini akaun bank adalah sangat diperlukan bagi memastikan akaun bank penerima tepat dan betul sebelum agihan dilaksanakan. Maklumat akaun bank yang kurang tepat atau salah akan menyebabkan agihan tersekat.

Bagi maklumat lanjut dan terperinci, sila lihat di Portal Rasmi PADANS Sabah – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *