Penerangan: Bantuan RM100 Setiap Bulan Yang Dikreditkan Dalam IC/Mykad Penerima Tahun

Di Malaysia, terdapat golongan tertentu yang memerlukan bantuan kewangan setiap bulan dari pihak kerajaan. Ini sebagai satu cara untuk meringankan beban hidup mereka dan memastikan kesejahteraan mereka terjaga.

Kajian membuktikan bahawa program ‘cash transfer’ boleh meningkatkan taraf hidup golongan sasaran dan mengurangkan kadar kemiskinan. Di mata pihak kerajaan, terdapat beberapa cara untuk memastikan bantuan ini betul berkesan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Oleh yang demikian, kerajaan telah melaksanakan satu program bantuan seperti berikut:

Bantuan SARA 2024

Pada tahun lalu, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dilaksanakan serta menerima sambutan yang amat baik daripada golongan penerima.

Untuk tahun 2024 pula, pihak kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). SARA ialah bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan cabaran kos sara hidup saban hari.

Jumlah Bantuan SARA 2024

Jika pada tahun 2023, jumlah bantuan SARA adalah RM600. Kini, pada tahun 2024, kadar bantuan ini ditingkatkan kepada RM1,200 seorang. Manakala golongan bujang kekal RM600 seorang.

Ini bermakna penerima akan menerima RM100 setiap bulan untuk 12 bulan bersamaan setahun. Manakala golongan bujang akan menerima RM50 setiap bulan untuk 12 bulan selama setahun.

Senarai Penerima Bantuan SARA

Jika tahun 2023 hanya golongan miskin tegar yang menerima bantuan SARA ini. Untuk tahun 2024, golongan penerima telah diperluaskan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima SARA 2024:

1) Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan

2) Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Bantuan Disalurkan Kepada Penerima

Cara bantuan dikreditkan amat penting untuk diketahui oleh penerima. Ini kerana pada tahun 2024, bantuan SARA akan dikreditkan terus ke dalam IC/MyKad penerima setiap bulan.

Oleh itu, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih
dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Advertisement
Advertisement

Senarai Kedai Runcit Berdaftar

Gunakan MyKAD atau IC anda di kedai runcit yang berdaftar di bawah MyKasih untuk memberi barang keperluan asas.

Berikut merupakan senarai kedai runcit yang anda boleh tebus RM100 setiap bulan di kedai tersebut. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk

1) Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

2) Senarai penuh pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus

Barangan Keperluan Yang Boleh Anda Beli

Jika tahun 2023, hanya makanan asas yang and boleh beli menggunakan RM100 ini. Untuk tahun 2024, dengan RM100 ini anda boleh beli 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:

1) beras
2) roti
3) telur
4) minyak masak
5) tepung
6) biskut
7) mi segera
8) minuman
9) makanan dalam tin
10) bahan perasa,
11) produk kebersihan
12) ubat-ubatan
13 barangan persekolahan.

Bila Bantuan Mula Disalurkan

Bantuan SARA telah dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024. Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang secara tanpa tunai (cashless).

Manakala penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Maklumat Lain-Lain

Penerima diminta sentiasa berhati-hari dan berwaspada dengan sebarang penipuan di luar sana.

Untuk maklumat lanjut sila pergi ke pautan rasmi berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Jika berkenaan soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA. Sila ke laman web rasmi berikut: https://www.mykasih.com.my

Advertisement
Advertisement