Jangan Tersilap Langkah. Ini Cara Sebenar Buat Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Pada 9 April Nanti
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.
Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Syarat Kelayakan & Tarikh Pembayaran
KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.
Langkah-Langkah Untuk Pengeluaran
Ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh ikut langkah berikut:
- Pergi ke portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my,
- Atau boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.
Cara Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848, bermula 1 April ini.