Permohonan BKM tak diluluskan? Semak punca kenapa permohonan ditolak & tarikh rayuan dibuka
Seperti mana yang telah semua sedia maklum, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 telah pun mula disalurkan ke akaun bank mereka yang layak bermula pada 28 Mac lalu.
Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank – penunaian BKM Fasa 1 boleh dibuat di kaunter cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula pada 30 Mac 2022.
Akan tetapi, terdapat juga pemohon BKM yang tidak diluluskan permohonan mereka atas pelbagai faktor dan sebab. Antara punca utama permohonan BKM ditolak adalah kerana jumlah pendapatan melebihi syarat yang ditetapkan bagi kategori penerima.
Selain itu, permohonan juga boleh ditolak sekiranya pemohon / pasangan memiliki tiga atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian. Malah, bagi ibu bapa yang mempunyai anak berpendapatan tinggi juga tidak layak menerima BKM.
Bagi maklumat lebih terperinci berkenaan dengan punca-punca permohonan ditolak, ia boleh didapati dengan membuat semakan status BKM melalui portal rasminya.
Tatacaranya adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi BKM
- Klik butang ‘Log Masuk BKM’
- Masukkan ‘ID Pengguna’
- Lakukan pegesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan ‘Kata Laluan’
- Klik ‘Log Masuk’
- Klik butang ‘Semakan Status’
- Status BKM akan dinyakan sama ada lulus atau tidak (dinyatakan sebab untuk yang tidak lulus)
Rayuan BKM
Bagi mereka yang ditolak permohonannya, permohonan rayuan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 selama sebulan.
Melalui rayuan ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang kepada pemohon untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula.
BKM pada asasnya melibatkan peruntukan bernilai hampir RM2 bilion, dengan pembayaran BKM itu membabitkan 8.6 juta penerima.
Untuk maklumat lengkap lagi berkenaan BKM, sila baca – DI SINI.