Bantuan e-Wallet RM300 dikreditkan setiap bulan bagi yang layak: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah sebuah bantuan dikenali sebagai BINGKAS yang melibatkan bantuan kewangan berbentuk e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan e-Wallet ini:

Bantuan e-Wallet RM300

BINGKAS adalah ringkasan kepada Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan B40 memerlukan.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup dapat terus makmur.

Manfaat utama BINGKAS adalah ia boleh digunakan di kedai dan pasaran berdaftar secara tanpa tunai. Had bulanan pembelian barangan keperluan pula sebanyak RM300 setiap bulan.

Advertisement
Advertisement

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan ketika membuat permohonan.

Bagi maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonan, ia boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *