Bantuan Tunai Kerajaan RM150-RM1,000 Untuk Kumpulan Miskin & B40 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Panduan Permohonan

Bantuan dalam bentuk tunai merupakan inisiatif yang sentiasa diteruskan setiap tahun. Ini kerana ia begitu penting untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan.

Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satu bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

Bantuan Tunai Kerajaan RM150-RM1,000

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) pada asasnya merupakan sebuah bantuan tunai bulanan sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan di bawah:

  • RM200: Berumur 6 tahun ke bawah;
  • RM150: Berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • RM1,000: Kadar bantuan maksimum sebulan sekeluarga.

Objektif utama BKK adalah bagi membantu keluarga atau penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah;
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Bantuan

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk mereka yang layak atau pun untuk memohon bagi pihak yang layak, anda boleh melengkapkan butiran permohonan di Portal Rasmi JKM  – DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *