Isi rumah dapat bayaran RM300 – RM800: Berikut jadual pembayaran STR Fasa 3 mengikut bank

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Februari lalu.

Antara bantuan kewangan itu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan yang juga adalah kesinambungan bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya.

Bagi pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai dibayar kepada yang layak pada bulan Januari serta April lepas dengan kadar tertentu mengikut kategori penerima.

Makanya ketika ini, pihak telah tiba masanya untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.

STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 3, ia masih melibatkan ketegori penerima dari kalangan kumpulan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Berikut adalah maklumat pembayaran bagi setiap penerima yang layak:

Isi Rumah Pendapatan RM2, 500 & ke bawah

Advertisement

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: 
    Advertisement
    RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Pada minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Pembayaran itu akan dibuat kepada yang layak secara beperingkat mengikut bank masing-masing. Berdasarkan pelaksanaannya sebelum ini, bank terawal yang akan dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN).

Selepas itu, barulah diikuti bank-bank lain seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam dan sebagainya.

Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN seluruh negara (akan dimaklumkan tarikh rasmi nanti).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *