Pendapatan isi rumah dalam B40: Ini cara memohon Bantuan Kewangan BINGKAS RM300 setiap bulan

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di pihak Persekutuan atau Negeri bagi membantu mereka yang memerlukan.

Pada tahun 2022 ini, sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai BINGKAS dengan jumlah sebanyak RM300 setiap bulan. BINGKAS pada asasnya bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas.

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan BINGKAS:

Manfaat BINGKAS

  • Bantuan RM300 setiap bulan dalam bentu e-Wallet bagi membeli keperluan asas;
  • e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai;

Syarat-syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS):

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor lebih 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
  • Keluarga mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000/sebulan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang memepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonan BINGKAS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS.

Advertisement
Advertisement

Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi tujuan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).;
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Maklumat lengkap tentang BINGKAS dan permohonannya boleh diteliti DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *