Cara Semakan Tarikh Bagi Penerima Bantuan RM200 Dikreditkan Setiap Bulan & Senarai Penerima

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Sukacit dimaklumkan bahawa salah satunya adalah Bantuan Am Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Bantuan RM200

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

RM200 sebulan seorang.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Semakan Tarikh Menerima Bantuan

Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:

  1. Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
  2. Tekan ‘Carian Dokumen’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
  5. Advertisement
    Advertisement
  6. Masukkan nombor akaun bank anda
  7. Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
  8. Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
  9. Tekan butang ‘Cari’
  10. Maklumat pembayaran akan dipaparkan

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.

Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.

Penafian

Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *