Bantuan RM700 secara automatik untuk golongan B40: Cara semak status & memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah inisiatif bantuan khusus kepada golongan B40 yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini:-

Bantuan RM700

Antara inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah Skim perlindungan masyarakat mySalam. Skim ini pada asasnya merupakan bantuan kewangan kepada golongan B40, khusus dalam perkara berkaitan kesihatan dan rawatan.

Manfaat utama inisiatif ini ialah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Sebuah lagi manfaatnya adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dan kini dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan & Memohon

Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi mySalam.

Manakala, tuntutan hospitalisasi boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

Maklumat lebih teliti berkenaannya boleh dirujuk di portal rasminya DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *