Bantuan RM200 Telah Mula Dikreditkan Pada Hari Ini (26 Jun 2023): Ini Cara Semakannya

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Sukacita dimaklumkan bahawa salah satunya adalah Bantuan RM200 di bawah Belanjawan 2023.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan berkenaan:

Bantuan RM200

Berdasarkan Belanjawan  2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-Wallet sebanyak RM 200.

Untuk pengetahuan, inisiatif ini adalah bantuan daripada kerajaan sebagai galakan untuk rakyat Malaysia menggunakan pembayaran eWallet. Demi memasitkan agend ini dilaksanakan, kerajaan juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-wallet seperti Tounch N Go, Grab dan Boost.

Ooleh yang demikian, ia dinamakan sebagai bantuan e-Tunai dan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati mudah dan selamat.

Kadar Bantuan

Bantuan e-Tunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini bagi  pemohon bantuan e-dompet ini,:

  • Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
  • Menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Cara Semakan & Penebusan

Bantuan kredit tunai ini boleh ditebus pada platform e-dagang terpilih seperti Grabpay, ShopeePay, Bigpay dan Touch N Go ewallet. Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali bagi setiap pemohon.

Siaran media Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Bantuan e-Tunai Belia Rahmah telah dikreditkan pada 26 Jun 2023. Sila semak di aplikasi e-wallet masing-masing.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *