Pendapatan Isi Rumah Dalam Kategori Miskin. Ini Cara Mohon Bantuan Wang Bantuan Ihsan

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan Bantuan Ihsan yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Ihsan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan Kewangan Bantuan Ihsan?

Program Bantuan Ihsan adalah program bantuan berbentuk kewangan yang disasarkan kepada keluarga yang amat memerlukan bantuan. Program ini terbahagi kepada dua jenis bantuan, iaitu Bantuan Ihsan Kecemasan dan Bantuan Ihsan Perayaan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB).

Bantuan Ihsan Kecemasan adalah bantuan kewangan berbentuk one off (sekali sahaja) yang diberikan kepada penduduk bandaraya Johor Bahru yang ditimpa musibah seperti kematian ketua keluarga, bencana alam, kebakaran, kos rawatan dan sebagainya.

Bantuan Ihsan Perayaan pula adalah bantuan kewangan kepada keluarga miskin menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Penerima bantuan terdiri daripada kes yang telah berdaftar dan telah melalui proses bancian atau kes-kes yang telah diusulkan oleh Ketua Masyarakat Setempat.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru
  • Pendapatan isi rumah RM944.00 sebulan dan ke bawah atau RM240.00 perkapita ke bawah
  • Keutamaan kepada warga emas, ibu tunggal, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya
  • Sebab-sebab lain yang munasabah dan boleh dipertimbangkan jabatan

Cara Memohon Bantuan

Dapatkan Borang Permohonan Bantuan YBJB [KLIK UNTUK MUAT TURUN] atau ambil sendiri di pejabat YBJB.\

  • Sertakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
  • Salinan Kad Pengenalan Suami Dan Isteri
  • Salinan Kad Pengenalan Anak / Tanggungan serumah
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Suami dan Isteri
  • Slip Gaji atau Pengesahan Pendapatan Anak / Tanggungan serumah yang Bekerja

Dokumen Tambahan Berkaitan (Sekiranya Ada):

  • Sijil Kematian sekiranya Suami atau Isteri sudah meninggal dunia.(Balu / Bapa Tunggal)
  • Sijil Perceraian sekiranya telah berpisah (Janda / Duda)
  • Surat Pengesahan Pegawai Perubatan. (Pesakit / Hilang Upaya)
  • Laporan Polis (Keganasan Rumah Tangga / Bencana / Kebakaran dll)

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di talian 07-2248950 / 07-2200586.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *