Pendapatan isi rumah bawah RM5,000: Ini cara memohon bantuan RM100 setiap bulan dari YAWAS
Untuk meringankan beban mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan. Bantuan-bantuan itu juga merangkumi pelbagai kategori penerima mengikut jenis-jenis tujuannya.
Antaranya termasuklah sebuah skim yang diperkenalkan melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) iaitu Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar atau ASUH PINTAR. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:
Kadar Bantuan
Melalui skim bantuan ini, ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan boleh menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri untuk anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan.
Bantuan yuran dari ASUH PINGTAR ini akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri yang terlibat.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia:
- Dilahirkan dan menetap di selangor; atau
- Tidak dilahirkan di selangor tetapi telah menetap secara sah di selangor sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu mendapatkan pengesahan dari ketua kampung / pengerusi taman perumahan tempat di mana pemohon menetap)
- Pendapatan isi rumah mestilah RM5,000 ke bawah;
- Suami dan isteri berkerja;
- Anak berumur 4 tahun dan ke bawah;
- Terhad kepada 2 orang anak sahaja;
- Taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
- Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia).
Cara Memohon
Untuk ibu bapa yang menepati syarat-syarat yang ditetapakan ini, permohonan ASUH PINTAR boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal rasmi ASUH PINTAR – DI SINI
Selepas permohonan secara atas talian selesai, pemohon dikehendaki mencetak borang pendaftaran atas talian dari sistem dan dilampirkan bersama:
- Salinan sijil kelahiran anak yang dipohon;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu;
- Salinan Kad Pengenalan Bapa;
- Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
- Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah);
- Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor);
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.
Borang yang dicetak dan dokumen-dokumen berikut kemudiannya hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran atas talian dilakukan ke alamat:
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800
Tarikh Tutup Permohonan
Tarikh tutup permohonan skim bantuan ini adalah pada 15 hari bulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Misalnya, permohonan untuk manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2022.
Bagi maklumat terperinci ASUH PINTAR, sila baca dan rujuk – DI SINI.