Pelbagai Kekosongan Jawatan Di FELCRA Berhad. Gaji Ditawarkan RM1,320 Hingga RM2,600

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak FELCRA Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

ami merupakan sebuah Syarikat milik Kerajaan “Government Owned Company (GOC)” yang terlibat dalam aktiviti perladangan serta yang berkaitan dengannya.

Jawatan Yang Ditawarkan

  1. PENGURUS PERTANIAN GRED BAND 3(A)
  2. EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED BAND 1(A)
  3. PENOLONG EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED A&T2

Gaji: RM1,320 hingga RM2,600

Syarat Umum Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh syarikat; dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat.
  • Advertisement
    Advertisement

Cara Memohon Jawatan

Borang permohonan perjawatan FELCRA Berhad boleh diperolehi menerusi laman web www.felcra.com.my dan hendaklah diisi dengan lengkap serta melampirkan juga resume masing-masing, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta gambar berukuran pasport yang terkini.

Borang permohonan perjawatan FELCRA Berhad yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen tersebut hendaklah diubah kepada bentuk Portable Document Format (PDF) dan dikemukakan ke alamat emel; mahathir@felcra.com.my dan Aminuddin@felcra.com.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 MAC 2022

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *