MOSTI buka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini: Tawaran gaji RM2,000/sebulan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) kini sedang membuka peluang pekerjaan terkini untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Calon-calon adalah disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan beserta maklumat-maklumat penting lain.
Berikut adalah maklumat berkenaan kekosongan jawatan yang dibuka: –
Jawatan Kosong
- PEREKA (PERSONEL MYSTEP – GRED 41)
- Gaji: RM2,000
- Tempoh: Sehingga Disember 2022
- PEGAWAI PENULISAN KREATIF (PERSONEL MYSTEP – GRED 41)
- Gaji: RM2,000
- Tempoh: Sehingga Disember 2022
Syarat-syarat Kelayakan
PEREKA (PERSONEL MYSTEP – GRED 41)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun;
- Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan bakat dalam bidang senireka grafik serta suntingan video atau bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai kemahiran menggunakan perisian rekabentuk grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe IIIustrator, Adobe Ilustrator dan perisian yang berkaitan dengan rekaan grafik, animated grafik;
- Mempunyai kemahiran menggunakan perisian rekaan dan editing video seperti Adobe Premiere Pro, Adobe After Effect dan Filmora;
- Mempunyai 1-3 tahun pengalaman dalam bidang rekaan grafik, penghasilan video;
- Seorang yang komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum;
- Mempunyai pengalaman dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam adalah satu kelebihan.
PEGAWAI PENULISAN KREATIF (PERSONEL MYSTEP – GRED 41)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun;
- 1-5 tahun pengalaman dalam bidang penulisan;
- Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya;
- Ijazah sarjana muda dalam bidang penulisan atau bidang-bidang yang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Seorang yang komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum;
- Boleh menulis dengan baik (kebolehan berbahasa Mandarin adalah satu kelebihan);
- Boleh menulis dan membaca dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Kepujian dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris).
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan resume ke alamat e-mel: haslyni@mosti.gov.my dan norhafizahnoor@mosti.gov.my.
Para calon juga digalakkan untuk menyertakan portfolio beserta contoh-contoh rekabentuk grafik dan video yang pernah dihasilkan.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 28 JANUARI 2022, JUMAAT.
Maklumat terperinci berkenaan kekosongan jawatan ini juga boleh dirujuk – DI SINI (PEREKA) atau DI SINI (Pegawai Penulisan Kreatif).