Bantuan Khas Penghargaan RM300 telah dikreditkan kepada yang layak: Senarai penuh penerimanya
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Antaranya adalah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Bantuan Khas Penghargaan (BKP).
Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Khas Penghargaan
Ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan (BKP) sebanyak RM300 dan RM200.
Bantuan itu akan diberikan kepada penerima-penerima berikut:
- Bantuan RM300: Kepada para pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
- Bantuan RM200: Kepada semua pesara Kerajaan, termasuk para pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, pegawai lantikan Personel MySTEP turut layak menerima bantuan ini dengan syarat telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dan masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 serta tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan maklumat dan kenyataan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan khas ini telah pun dilaksanakan pada 10 Ogos 2023.
Cara pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.
Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi JPA – DI SINI.