Berikut syarat kelayakan penerima Bantuan RM100 yang dikreditkan ke MyKad (IC) setiap bulan

Bantuan bulanan atau setiap bulan kepada penerima yang layak merupakan suatu inisiatif yang sangat baik untuk rakyat. Ini akan memberikan sedikit tunai tambahan untuk mereka menjalani kehidupan seharian.

Pihak kerajaan tidak pernah melupakan insiatif begini. Oleh sebab itu, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Antaranya adalah bantuan berikut: –

Bantuan RM100 Setiap Bulan

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan setuju untuk meneruskan pemberian bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR pada asasnya merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi telah memberi peluang kepada Kerajaan untuk menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024. Ia dibuat bagi memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bertujuan untuk membantu golongan B40 memerlukan.

Dua kategori baharu diperkenalkan di bawah SARA iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak).

Advertisement
Advertisement

Syarat-syarat Kelayakan Penerima

  • Warganegara Malaysia;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Bantuan Disalurkan

Pelaksanaan SARA akan dibuat secara kredit ke MyKad penerima dengan kadar RM100 setiap bulan selama 12 bulan (jumlah keseluruhan RM1,200).

Mereka yang layak kemudiannya boleh menggunakan MyKad mereka untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk membeli keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.

Dalam masa sama, penerima yang layak juga akan dihubungi dan diberikan taklimat tentang cara pelaksanaan SARA bagi memudahkan urusan mereka.

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status kelulusan, dan maklumat lengkap berkenaan bantuan ini ia boleh diteliti di Portal Rasmi STR – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *