Tarikh rasmi pembayaran STR seterusnya telah diumumkan: Semak tarikh & jumlah bayaran

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Februari lalu.

Antara bantuan kewangan itu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –

STR Fasa 3

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat pada bulan Januari 2023 dengan kadar sebanyak RM300 kepada isi rumah dan RM100 kepada bujang.

Manakala, pembayaran STR Fasa 2 pula telah dikreditkan bulan April lalu dengan kadar sebanyak RM200 kepada setiap kategori penerima.

Oleh hal demikian, kini telah tiba masanya untuk pembayaran STR Fasa 3 kepada yang layak dengan jumlah tertentu berdasarkan kelayakan pendapatan masing-masing.

Berikut adalah maklumat berkenaan jumlah bayaran STR Fasa 3:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 2: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 – pembayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan sebelum sambutan Hari Raya Haji.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Kaedah pembayaran pula akan dibuat seperti mana sebelumnya iatu secara kredit terus ke akaun bank penerima atau secara pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat yang lebih teliti tentang Belanjawan 2023 dan STR, sila lihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

Advertisement
Advertisement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *