Bantuan Asas Rahmah RM600 Akan Dikreditkan. Berikut Cara Semakan & Senarai Penerima

Pihak kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif bertujuan membantu mereka yang berkelayakan.

Sukacit dimaklumkan bahawa salah satunya adalah Bantuan Asas Rahmah (SARA) oleh pihak kerajaan Persekutuan.

Berikut ialah penjelasan lanjut berkenaan bantuan berkenaan:

Bantuan SARA RM600

Bantuan Asas Rahmah (SARA) diperkenalkan sebagai bantuan bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas berjumlah RM600 yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Ia daigihkan dalam bentuk bakul makanan serta baucer makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

Ini di khususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar sahaja dengan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)@STR Tambahan berjumlah RM600

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih;
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Tarikh Menerima Bantuan

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023 seperti di bawah:

SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
SARA 3 – September 2023 (RM100)
SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
SARA 5 – November 2023 (RM100)
SARA 6 – Disember 2023 (RM100)

Cara Memohon

Untuk pengetahuan semua, Sumbangan Asas Rahmah 2023 ini akan disalurkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak.

Dengan menggunakan Kad Pengenalan, penerima yang memenuhi syarat akan menerima kredit dalam akaun mereka yang boleh digunakan untuk membeli barangan makanan di pasaraya terpilih.

Pelaksanaan terperinci mengenai cara pengedaran bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman rasmi mereka: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Penafian

Laman sesawang ini bukanlah laman rasmi bagi sebarang jawatan atau permohonan bantuan yang dipaparkan. Kami hanya memaparkan maklumat untuk pengetahuan umum dan segala tindakan lanjut untuk memohon boleh dilakukan di link yang disediakan untuk ke laman sesawang asal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *