Bantuan Kewangan RM350 dari Kerajaan untuk golongan B40: Dibayar setiap bulan ke akaun bank

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM350

Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan.

Bantuan ini pada asasnya berobjektif untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuannya pula adalah minima RM100 seorang dan RM350 sekeluarga untuk setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon

Bagi yang ingin membuat permohonan, ia boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan.

Bagi maklumat tambahan, setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *