Bantuan Khas RM250 Seorang Akan Dikreditkan Pada 16 Januari Ini. Berikut Senarai Penerima & Syarat Kelayakan

Bagi mereka yang memerlukan bantuan kewangan, berita gembira buat anda kerana masih terdapat beberapa pakej bantuan yang akan disalurkan oleh pihak yang terlibat.

Bukan sahaja Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kerajaan negeri tertentu telah meluluskan pelbagai pakej bantuan kewangan yang merangkumi semua kategori yang memerlukan.

Salah satu bantuan tersebut adalah Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang mungkin ramai yang terlepas pandang, tetapi layak mendapatkannya.

Bantuan Khas Bernas & Senarai Penerima

Menteri MAFS, Mohamad Sabu memaklumkan seramai 20,958 pesawah di tiga negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang akan menerima BERNAS bagi 2022 berjumlah RM250 seorang menggunakan dana RM10juta.

Seramai 240,000 pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada sumbangan Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (Bernas)

Tarikh Bayaran Bantuan

Selewat-lewatnya 16 Januari ini.

Cara Bantuan Disalurkan

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan proses pemberian bantuan berkenaan berjalan lancar.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi seperti maklumat di bawah:

Menara LPP ,
No. 20 , Jalan Sultan Salahuddin,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03- 2610 9600 Faks : 03- 2697 0987
E-mel : info@lpp.gov.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *